CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 3 Januari 2009

SEKAPUR SIREH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kerana sudi untuk mengunjungi blog saya ini. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti Titi Teras (PPIK) kerana sudi untuk menerbitkan blog untuk saya dalam usaha untuk mempromosi serta mengkomersialkan lagi perniagaan yang saya usahakan secara kecil-kecilan ini. Saya Saijah binti Shariff telah menjalankan perusahaan ini hampir tiga tahun. Perusahaan saya yang utama ialah membuat kerepek bayam dan maruku serta membuat kerepek daripada daun-daun herba seperti kerepek daun pegaga,kerepek daun kaduk dan kerepek daun mengkudu. Berbekalkan modal sendiri, iaitu dalam sekitar RM 300 sebagai permulaan. Saya menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan mentah untuk membuat kerepek serta bekas untuk mengisi kerepek dan maruku. Peralatan seperti mesin pembancuh tepung dan kuali disumbangkan oleh Pertubuhan Peladang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita (KPW) dan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban saya untuk membeli mesin tersebut. Di samping itu, KPW turut menyumbangkan label perniagaan bagi memasarkan produk saya. Bagi sebungkus kerepek dan maruku, saya menjual kepada pembekal di antara RM1.50 dan RM2.00 dan ia bergantung kepada jumlah pesanan oleh pelanggan. Kebanyakan pelanggan tetap terdiri daripada pekerja kilang, peniaga pasar tani dan ada juga penduduk sekitar yang datang membeli di rumah terutama ketika menjelang musim perayaan. Bahan utama iaitu daun bayam diperoleh daripada pembekal di kawasan sekitar. Daun yang dibeli perlu juga diteliti keadaannya kerana jika terkena hujan, daun yang elok sukar untuk diperoleh. Plastik yang digunakan untuk mengisi kerepek dan maruku juga perlulah plastik yang sesuai. Pendapatan yang diperoleh saya dalam sebulan boleh dikatakan lumayan iaitu sekitar RM1,000. Setelah ditolak semua kos pengeluaran, pendapatan yang diperoleh sudah cukup untuk menampung perbelanjaan sekeluarga. Tetapi ketika tiba musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, jumlah pendapatan diperoleh boleh mencecah sehingga RM 2000. Proses menyediakan kerepek bayam, herba dan maruku memerlukan penelitian. Ini kerana, penghasilan produk berkualiti dan sedap mampu memberi kepuasan kepada pelanggan dan dalam masa sama dapat menarik lebih ramai pelanggan tetap.

PRODUK SAMPINGAN

Selain daripada menghasilkan produk makanan ringan, saya juga menghasilkan produk kraftangan yang dipelajari daripada ibu saya. Memandangkan generasi sekarang mungkin tidak mengetahui cara dan pembuatannya atau pun mungkin tidak pernah mendengar nama kraftangan tersebut. Kraftangan ini dipanggil "LEKAR" yang digunakan oleh zaman dulu untuk membuat pelapik bagi mengalas benda yang panas. Tapi pada zaman sekarang boleh dipelbagaikan penggunaannya seperti membuat hiasan dinding, lampu perhiasan atau bekas untuk mengisi buah-buahan. Harga yang dijual adalah mengikut saiz bermula dari RM7.00 dan ke atas.

lekar dari pelbagai saiz

setelah siap di gubah

contoh beberapa produk yang dihasilkan

Jumaat, 26 Disember 2008

PRODUK-PRODUK YANG DIKELUARKAN

Di sini saya memperlihatkan antara produk-produk keluaran saya, iaitu:

1. MARUKU
2. CAKAR AYAM
3. KUIH TIRAM
4. KEREPEK BAYAM
5. KEREPEK MENGKUDU
6. KEREPEK KADUK
7. KEREPEK PEGAGA


Contoh: GUBAHAN HANTARAN - CAKAR AYAM & KEREPEK BAYAM